MENGENAI KAMI

VISI

Menjadikan Sebuah Koperasi Kredit Yang Berdaya Saing Seiring Dengan Kemajuan Teknologi ICT Serta Patuh Syariah

latar belakang kakib

Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Bhd (KAKIB) ditubuhkan pada 27 Julai, 1923 dan kini beroperasi di 111B, Bangunan Koperasi, Jalan Dato’Onn Jaafar, 30300 Ipoh Perak dengan keanggotaan melebihi 6000 anggota. KAKIB juga telah menerima pelbagai anugerah termasuk koperasi terbaik Kategori Perkhidmatan Kewangan Negeri Perak dan juga merupakan salah satu koperasi berdaya maju yang tersenarai dalam 100 buah koperasi terbaik di Malaysia. 

KAKIB di uruskan oleh 15 orang Anggota Lembaga yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan. Sejak ditubuhkan , kedudukan keanggotaan adalah melebihi 6000 orang dengan bermodal yuran, syer dan asset yang terkumpul berakhir tahun 2023 sebanyak RM 81 juta dengan bermatlamat untuk memantap ekonomi dan sosial. Gerakan koperasi yang semakin berkembang maju di Negara ini akan menjadi penyumbang utama KDNK.

Selari dengan moto KAKIB sentiasa berikhtiar untuk menyediakan kemudahan dan manfaat yang bersesuaian dengan aspirasi ekonomi Negara. Setelah 100 tahun beroperasi, aktiviti KAKIB terus berkembang dengan mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan KAKIB.